pengwin

[gigya width="150" height="127" src="http://www.widgipedia.com/widgets/widgetindex/httpwidgetindex2ndblogspotcom-5917-8192_134217728.widget?__in%22%20+%22stall_id=1277714266454&__view=embed\" title="grab this widget @ widgetindex2nd.blogspot" quality="autohigh" loop="false" wmode="transparent" menu="false" allowScriptAccess="sameDomain" ]

Friday, August 3, 2012

Pernah terlintas difikiran untuk membalas 10 kebaikan terhadap orang yang membuat 1 kebaikan pada diri kita sendiri? saya pernah . Kenapa?
sebab hidup kita ibarat cermin, mungkin tidak semua tapi hampir semua. Kalau kita disakiti , balas lah dengan kebaikan , kerana suatu hari nanti , pasti orang yang menyakiti kita akan mencari kita semula. Mungkin sudah terlewat,tetapi itu semua kebenaran.

Bukan senang buat bintang sampai 1000 bagi orang yang pertama kali buat. kawan-kawan sekeliling ada yang cakap " buat apa lah kau buat benda bodoh ni" dan macam-macam lagi. tetapi, ini lah yang aku mampu beri buat masa ini. mungkin tidak mahal,semua orang boleh buat,tapi aku, aku pertama kali buat. memang letih. 2 hari tak tidur. tapi kelas tetap hadir,puasa tetap tak tinggal.

Ahad ni aku dah pulang kerumah ibu bapa aku kat W.P.Labuan. bagi yang tak tahu tempat tu. tak payah duduk Malaysia lah . xD .Aku pun tak pasti bila aku balik. jadi bintang-bintang ni dapat temani dia semasa aku tidak ada. Rindu pada seseorang tu dapat kita sorok, tapi kalau hati dah rindu, macam-macam boleh berlaku. Gaduh dengan pasangan sendiri, motif rindu. memang lucu. Lepas ahad ni aku dah tak dapat lagi jumpa dia, lagipun dia busy dengan kerja. Kadang-kadang teringin nak buka puasa sama, tapi dia busy sangat . entah dapat atau tidak sebab 2 hari lagi. Sedih sangat, tapi tak salah kalau kita try cover . Hidup aku akan tetap cuba untuk cover jika aku sakit. Harap Sabtu ni dapat lah jumpa dia , dapat bagi 1000 bintang tu sebelum pulang . dan harap dia dapat jaga diri lepas ni. Cousin aku cakap " kau dari dulu lagi setia ja, nada pernah main kan orang ,itu lah senang kena bodohkan." . So should i? perlukah aku main kan perasaan orang, sorry lah . aku bukan orang macam tu.

Cerita kawan aku time buat bintang ni memang lucu, plan aku buat 1000pcs esok hari bakar. Memang menangis la jawabnya. so harap dia tak bakar. sebab memang sungguh aku buat benda ni.

Last word : thanx sebab sudi baca . :)

Monday, July 30, 2012

Animals can't think but there still got feelings ♥

Singa peluk orang tanda terima kasih dan sayang.


Dunia
sedangkan duit keluarga boleh bermusuh
ini kan pulak hanya ikan.
seekor kucing dipotong ke dua belah kaki selepas mencuri ikan. kemudian di kutip oleh seorang manusia yang berhati perut .


Haiwan inilah yang akan membantu kita satu hari nanti.
semuga Tuhan membalas balasan yang setimpal kepada dua insan itu .( si pemotong kaki dan si penyelamat )

Sunday, July 29, 2012

Boleh migraine aku .

First nampak video ni, bagi aku seorang Muslim semestinya beristighfar (Astagfirullahalazim)
terasa dunia ni kejam.
Hanya budak kecil yang tidak berdosa.




Pada 13 Oktober 2011, di Nanhai Foshan City, Cina, seorang budak perempuan yang sedang bermain-main di sebuah pasar tiba-tiba dilanggar oleh sebuah van yang lalu pada ketika itu. Pemandu van itu yang pada mulanya tidak sengaja terlanggar budak tersebut, telah menberhentikan vannya. Tetapi apabila menyedari yang dia telah melanggar seorang budak, untuk kali kedua dia melanggar budak itu dan pergi begitu sahaja. Apabila ditanya oleh polis kenapa dia berbuat demikian, dia berkata, pada ketika itu dia terfikir, kalau budak itu mati, dia cuma perlu membayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja, tapi kalau budak tu hidup, dia terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup. Jadi dia terus melanggar dengan harapan budak tersebut akan mati. Itulah dasar undang-undang yang dijalankan di Cina, yang mana kalau kes langgar mati hukumannya adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kes langgar hidup. Pelik betul.

Berbalik pada kejadian tadi, budak perempuan tu yang pada ketika itu masih bernyawa dan sedang menggeletar kesakitan dalam keadaan cedera parah, dilanggar pula untuk kali yang ketiga oleh sebuah kereta. Dan apa yang lebih menyedihkan, dia tidak dihiraukan langsung oleh mereka yang lalu-lalang pada ketika itu. Mereka hanya memandang dan berlalu tanpa memberikan apa-apa bantuan. Lebih kurang 20 orang yang lalu dalam tempoh tersebut. Hinggalah akhirnya lalu seorang wanita yang bertindak untuk menyelamatkan budak tersebut.

* Mana hilangnya rasa kemanusiaan? :'(

Wednesday, July 25, 2012

Cinta subuh ♥



Good bye Love

Ketika subuh ku terlihat dua cahaya bintang yang berkelipan di atas langit dan tiada bintang melain kan dua bintang tersebut..tiba-tiba aku merasakan bintang itu bukanlah bintang untuk kita berdua..tetapi malangnya pada masa yang sama kedudukan dua bintang tersebut agak berjauhan antara satu dengan yang lain..walaupun mungkin bintang itu bukanlah bintang untuk kta berdua..tetapi itu sebenarnya hakikat yang nyata di sebalik hubungan kita..kerana kamu ingin saja pergi dari hadapan ku..aku telah cuba melakukan yang terbaik buat mu agar usaha ku itu tidak sia-sia..tetapi malangnya ianya cuma percuma dan tidak ada hasilnya,sama seperti orang yang tidak melakukan apa-apa maka tidak adalah hasilnya...biar la aku mengangkat bendera putih menandakan aku sudah kalah kepadamu.tapi asal jangan pernah kamu menyimpan perasaan kepdaku.kerana kamu sudah berpunya.aku minta maaf seandainya penjelasan hati ku ini amat menyakitkan.kerana aku tahu cuma seorang sahaja di hati mu ,cuma aku saja yang tidak tahu melainkan Tuhan saja yang tahu..akan ku semaikan dalam doa ku atas kebahagiaan mu selama ini atau pun selamanya.kerana kamu bukan lgi untuk ku.walau bukan itu yang ku mahu,tapi impian dan harapan ku selama ini untuk melihat diri mu bahagia.

Mengukir Kebahagiaan .


Manusia ... semua manusia boleh mengukir kebahagiaan,masa depan, atau takdir. tetapi bukan semua manusia dapat mencapai apa yang mereka inginkan. kita hanya mampu mengukir dan tidak mampu untuk menjadikannya kenyataan.
disini tempat aku belajar, disini aku mengukir segala impian dan harapan agar kebahagiaan ku tercapai di masa hadapan, bukan hanya mengukir dengan berbaring atau bersandar melihat dunia aku,tetapi aku mengukir dengan doa restu dari Yang Maha Esa.
Lain orang lain lah ukiran, tidak semua rama-rama sama corak dan warnanya, walaupun sama bentuk apabila ianya menjadi kepompong,tetapi tidak salah jika kita ingin merancang, hendaklah disusuli dengan usaha . Jika ukiran ku menjadi suatu seni abstrak yang menggambarkan kebahagiaan dan kejayaan,tidak akan pernah ku lupa daratan. Akan ku bahagiakan ke-dua orang tua ku selagi umur mereka panjang. Akan ku bahagiakan orang yang aku sayang dan banyak membantuku dalam kejayaan ku. Tidak ku lupa juga untuk bersyukur kepada yang menurunkan rezeki dan menjadikan impian ku kenyataan .
Perjalanan hidup ku penuh dengan dugaan,dan dialah yang banyak membantuku kerana hanya Yang Maha Esa sahaja yang membuka pintu hati ku untuk berani mencintai dan membuat diriku semangat untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Bersyukur ku dengan nikmat yang diberi, bersyukur ku bertemu dengan seorang perempuan yang mempunyai banyak makna bagi hidup ku. Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, July 24, 2012

The thing that i shuld tell her on 10.07.2012

Today is your Birthday (10.07.2012). 20 years old..!!
second weeks practical at PPD .
we metup at FC .. talk about work, dance , and heart.
and what happen to me,i fel like i wanna say this to her. but i'm afraid if she can't take as positive thingking.

Don't ever hurt other people feeling. I'm one of them , and i just show my own way how i love you. Doesnt means you can't hurt me. You may thought I'll hate you, but I'm not easy to hate people that I love . Especialy you. I always try to be patient or understand with your attitude then syukur alhamdulillah I got it.. :D
The way I talk to your friend,lecture listen what they told me about you make me wanna try something new. something that you never had. something new for me and something new for you too.
million flowers and ballons i'll buy and i write some quote on every ballons just for you.
the flower will make you feel comfortable but i'll put white between all red roses.
whay i do that? cause in the million people that i ever crush or love, i already make my own decision that you one in a million that i'll love and i can't live without you.

Saturday, June 16, 2012

1 of the biggest thing that guy shuld know.

I've found this on my friend post.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.. ♥