pengwin

[gigya width="150" height="127" src="http://www.widgipedia.com/widgets/widgetindex/httpwidgetindex2ndblogspotcom-5917-8192_134217728.widget?__in%22%20+%22stall_id=1277714266454&__view=embed\" title="grab this widget @ widgetindex2nd.blogspot" quality="autohigh" loop="false" wmode="transparent" menu="false" allowScriptAccess="sameDomain" ]

Wednesday, July 25, 2012

Mengukir Kebahagiaan .


Manusia ... semua manusia boleh mengukir kebahagiaan,masa depan, atau takdir. tetapi bukan semua manusia dapat mencapai apa yang mereka inginkan. kita hanya mampu mengukir dan tidak mampu untuk menjadikannya kenyataan.
disini tempat aku belajar, disini aku mengukir segala impian dan harapan agar kebahagiaan ku tercapai di masa hadapan, bukan hanya mengukir dengan berbaring atau bersandar melihat dunia aku,tetapi aku mengukir dengan doa restu dari Yang Maha Esa.
Lain orang lain lah ukiran, tidak semua rama-rama sama corak dan warnanya, walaupun sama bentuk apabila ianya menjadi kepompong,tetapi tidak salah jika kita ingin merancang, hendaklah disusuli dengan usaha . Jika ukiran ku menjadi suatu seni abstrak yang menggambarkan kebahagiaan dan kejayaan,tidak akan pernah ku lupa daratan. Akan ku bahagiakan ke-dua orang tua ku selagi umur mereka panjang. Akan ku bahagiakan orang yang aku sayang dan banyak membantuku dalam kejayaan ku. Tidak ku lupa juga untuk bersyukur kepada yang menurunkan rezeki dan menjadikan impian ku kenyataan .
Perjalanan hidup ku penuh dengan dugaan,dan dialah yang banyak membantuku kerana hanya Yang Maha Esa sahaja yang membuka pintu hati ku untuk berani mencintai dan membuat diriku semangat untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Bersyukur ku dengan nikmat yang diberi, bersyukur ku bertemu dengan seorang perempuan yang mempunyai banyak makna bagi hidup ku. Syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment